KEMAHIRAN BELAJAR
Saturday, 1 October 2011
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
PANDUAN MENCATAT NOTA
Pengenalan |
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
Mengapa perlu Membuat nota ? |
- Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
- Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
- Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
- Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
- Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
- Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Nota daripada buku teks |
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.
Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
- Membantu pelajar memhami pelajaran
- Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
- Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Teknik Mencatat Nota |
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
- Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
- Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
- Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa] | |
Why [kenapa] | |
When [bila] | |
Where [di mana] | |
How [bagaimana] |
4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.
Ciri-Ciri Nota Yang Baik |
- Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
- Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
- Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
- Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
- Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
- Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
- Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.
Contoh-Contoh Nota |
KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran Mendengar Untuk Belajar
Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut:
- Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru;
- Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat;
- Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan
- Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan
- Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan
- Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat
Mendengar Secara Aktif
Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.
Tujuan Mendengar
- mendapatkan maklumat
- mencatat nota
- menjalankan atau menunaikan arahan
- mengecam bunyi
- mengenal pasti sesuatu perkara
- menjawab soalan
- mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
- bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:
- Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
- Berikan tumpuan kepada guru
- Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
- Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
- Bersifat positif dan terbuka
- Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
- Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah
- Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar
- Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda
- Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
Mencatat Nota
Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa “cara mencatat nota” merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut:
- ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap;
- disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami;
- mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan
- menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan.
Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan.
Mencatat Nota
Pendengaran | Bacaan | Catatan Lapangan |
seminar; kuliah ucapan; ceramah forum | bahan cetak bahan elektronik | pemerhatian temu bual |
Proses Membuat Rujukan
Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini.
Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan.
Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan..
Membuat Catatan
(a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan
Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini.
(b) Menyusun dan Merekod Maklumat
Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti;
- mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap);
- menulis maklumat pada kad kecil
- menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek
- memasukkan maklumat ke dalam komputer
Menemuramah
Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan.
Tahap-Tahap Temu Ramah
(1) Peringkat Sebelum Temuramah
Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut:
- Tentukan maklumat yang diperlukan
- Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah
- Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah
- Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah
- Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki
- Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan
(2) Peringkat Semasa Temuramah
Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan
perkara-perkara di bawah.
- Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan.
- Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai.
- Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan.
- Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan.
- Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan.
- Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa.
- Wujudkan suasana yang tenang dan ceria
- Jadikan pendengar yang patuh
- Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan
- Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu
- Catatkan butir-butir penting pada buku catatan
- Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut
(3) Peringkat Selepas Temuramah
Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan
- Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi
- Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu.
- Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti
- Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak.
- Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca
- Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan
- Dapatkan bimbingan guru atau rakan
- Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan
KEMAHIRAN MEMBACA
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
membaca pantas
membaca kritis
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K) Apa yang sudah diketahui? | Want (W) Apa yang hendak diketahui? | Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh? | How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? |
Ke Atas
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Ke Atas
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
Subscribe to:
Posts (Atom)